IKLAN KORAHMAH & IKIMFM

Sunday, July 17, 2011

JULAI 2011


Laporan bergambar pembangunan bangunan 4 tingkat (16/Julai/ 2011)

Kerja-kerja pembinaan diteruskan ke tingkat 4.
Di tingkat bawah(tingkat 1)telah mula dibina dinding bata, sistem pendawaian elektrik, dan kerangka pintu. Lokasi tangga terletak di bhg tepi bangunan telah siap dibina dengan kecerunan yang bersesuaian.
Sistem pendawaian elektrik di dalam paip berkonkrit untuk lampu,kipas dan lain-lain soket. Di tingkat 2 dan 3 telah dimulakan kerja dinding bata dan memasang kerangka pintu dan tingkap yang diperbuat dari besi. Kerangka besi ini dapat mengelakan masalah dimakan anai-anai, frame kecut dan lasak. Di tingkat empat telah disiapkan lantai dan tetulang konkrit untuk dibina bumbung.



Susunan bata yang diletak di bahagian lantai koridor tingkat 2.





Pendawaian elektrik siap ditanam dalam konkrit.








Tingkat 4. Telah siap Tetulang Konkrit untuk dibina bumbung.






.
Kecerunan tangga yang bersesuaian

Wednesday, June 1, 2011

Pembangunan Bangunan 4 tingkat SRIM hingga jun 2011




Tarikh: 1 Jun 2011




Alhamdulillah , Siap lantai tingkat 1 & 2




Sesiapa yang berminat untuk menambah sumbangan / infaq kepada projek bangunan 4 tingkat Sekolah Rendah Islam Seri Melati ini amat dialukan. sumbangan yang telah dikutip sekitar RM500,000 sahaja manakala keperluan sebenar adalah RM2.2 juta. Jadi masih kekurangan RM 1.7 juta lagi. Sumbangan/infaq bolehlah disalurkan dengan menghubungi ketua sekretariat Pembangunan SRIM sdr. Zaini Shamsuddin atau Guru Besar SRIM. No.tel untuk dihubungi dinyatakan di sisipan sebelah kanan ini.

Monday, May 16, 2011

Friday, April 1, 2011

KERJA DITAPAK UNTUK BULAN MAC & APRIL 2011





BULAN APRIL 2011

KEKOTAK UNTUK KERANGKA TAPAK TIANG.





CERUCUK YANG TELAH KOREK DAN DIPOTONG KE TAHAP ARAS YANG DIKEHENDAKKI.








KERANGKA BESI UNTUK TAPAK TIANG BANGUNAN.










































Kemajuan kerja semasa:






1. Penerimaan besi untuk membina tapak bangunan.

2. Kerja memotong cerucuk

3. Penyediaan ruang tapak tiang.


Monday, December 27, 2010

KERJA CERUCUK DITERUSKAN

Mengikut keadaan ditapak kerja menanam cerucuk telah siap 30%~40%. Ada yang ditanam hanya sekitar 12ka tetapi ada juga cerucuk yang disambung 2x menjadikan kedalamanya sehingga hampir 30' untuk mencapai tahap disebut "set"(tahap hentakan maksima kepada cerucuk). Keadaan batu keras di bawah tanah agak tidak sekata mungkin disebabkan lokasi di kawasan kaki bukit.

Friday, December 10, 2010

KERJA UJIAN CERUCUK SEDANG DIJALANKAN

UJIAN BEBANAN SEDANG DIJALANKAN.





MESIN 'PILING' YANG DIGUNAKAN




Sebuah Mesin cerucuk sedang menjalankan kerja.



Kerja-kerja cerucuk perlu dibuat untuk memastikan struktur tapak bangunan 4 tingkat tersebut dibina mengikut spesifikasi kejuruteraan semasa. L/k 200 batang cerucuk diperlukan.

Sunday, December 5, 2010

PROJEK BANGUNAN 4 TINGKAT SRIM DIMULAKAN...




Alhamdulillah...kerja membina bangunan 4 tingkat untuk Sekolah Rendah Islam Seri Melati telah dimulakan pada 3/12/2010. Sepasukan kerja ukur (UKUR DIMENSI)telah menandakan pancang untuk kerja-kerja menanam cerucuk" yang akan dimulakan pada 6/12/2010.