IKLAN KORAHMAH & IKIMFM

Thursday, December 8, 2011

Keperluan Kewangan Segera untuk Penyelenggaraan MATRI

Assalamualaikum..
Utz. Mahathir memaklumkan bahawa keperluan kewangan penyelenggaran Matri spt berikut.
1. Baikpulih wiring bawah surau : RM 20K
2. Cat luar asrama puteri : RM 3 k
3.Cat luar asrama blok E :RM4k
4. Baiki bumbung dan tangga blok C : RM8K
5. Baiki lantai dewan makan putra/putri :RM20K
6.tambahan bilik air surau : 10k
7. Kelengkapan asrama (almari/katil/tilam: RM10K
Jumlah diperlukan RM85K
Para dermawan yang budiman yang berkemampuan boleh hubungi saya 012-4771544 atau UTz Mahathir 019-4341841.

Monday, August 15, 2011

Ramadhan bulan penuh kerahmatan

RAMADAN menawarkan pelbagai tawaran dan ganjaran untuk mereka yang beriman. Sebab itu Ramadan dikenali sebagai bulan ibadah iaitu hanya mereka yang beriman tahu menghargai akan kelebihan Ramadan.
Justeru, mereka mempertingkatkan amalan baik mereka seperti bersedekah, tarawih, qiamullail, membaca al-Quran, berzikir dan pelbagai amalan baik yang lain pada bulan mulia ini.
Pada hakikatnya, persiapan material pada bulan Ramadan ini bukan sekadar untuk membe
li pakaian baru atau bekal perjalanan pulang ke kampung atau juga untuk membeli kuih-muih Aidilfitri. Lebih penting daripada itu ialah membuat kebajikan dengan bersedekah. Imam al-Tarmizi meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah ditanya: �Sedekah apakah yang paling utama?� Baginda menjawab, �Seutama-utamanya sedekah adalah di bulan Ramadan.�
Rasulullah s.a.w., pada bulan Ramadan ini sangat dermawan dan pemurah. Sesuai dengan bulan Ramadan yang mulia ini, kita disaran agar memperbanyakkan sedekah walaupun sekadar sebiji kurma ataupun seteguk air.
Islam memandang harta adalah milik Allah yang hanya diamanahkan kepada kita untuk digunakan dan diurus secara bijaksana meskipun ia merupakan hasil keringat sendiri pastinya bukan sebagai hak mutlak kita.
Kesempatan inilah yang seharusnya
diraih oleh mereka yang berkemampuan untuk bersedekah, khususnya pada bulan Ramadan kerana dijanjikan pahala yang berlipat ganda. Maka rebutlah peluang yang hanya tinggal beberapa hari lagi untuk kita mempertingkatkan amalan kita. Kepada mereka yang ingin menyumbang (infaq) untuk menambah tabungan pembinaan bangunan yang masih memerlukan RM 1 juta lagi untuk disiapkan. Sekiranya tuan/puan ingin berinfaq dengan cek bolehlah menulis atas nama "SEK REN AGAMA SERI MELATI" seperti cek yang tertera di atas. Serahkan cek tersebut kepada Guru Besar En Ishak Osman Tel pejabat 04-9381289 atau hp:012-5672603.

Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: ” Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku – ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh “.

Surat Al-Munafiqun: Ayat 10


Gambar diambil pada 14/8/2011.
Alhamdulillah..hampir 90% dinding telah siap manakala kerja seterusnya adalah membina bumbung dan perparitan keliling bangunan.


Saturday, August 6, 2011

OGOS 2011

alhamdulillah..lihatlah bangunan baharu sekolah kita...hasil sumbangan anda semua...kini bata dinding hampir 70% siap manakala di tingkat 1 & 2 telah dipasang pintu & tingkap. InsyaAllah seperti dirancang ia dapat menempatkan 16 bilik darjah pelajar peringkat sekolah rendah.

Sunday, July 17, 2011

JULAI 2011


Laporan bergambar pembangunan bangunan 4 tingkat (16/Julai/ 2011)

Kerja-kerja pembinaan diteruskan ke tingkat 4.
Di tingkat bawah(tingkat 1)telah mula dibina dinding bata, sistem pendawaian elektrik, dan kerangka pintu. Lokasi tangga terletak di bhg tepi bangunan telah siap dibina dengan kecerunan yang bersesuaian.
Sistem pendawaian elektrik di dalam paip berkonkrit untuk lampu,kipas dan lain-lain soket. Di tingkat 2 dan 3 telah dimulakan kerja dinding bata dan memasang kerangka pintu dan tingkap yang diperbuat dari besi. Kerangka besi ini dapat mengelakan masalah dimakan anai-anai, frame kecut dan lasak. Di tingkat empat telah disiapkan lantai dan tetulang konkrit untuk dibina bumbung.



Susunan bata yang diletak di bahagian lantai koridor tingkat 2.





Pendawaian elektrik siap ditanam dalam konkrit.








Tingkat 4. Telah siap Tetulang Konkrit untuk dibina bumbung.






.
Kecerunan tangga yang bersesuaian

Wednesday, June 1, 2011

Pembangunan Bangunan 4 tingkat SRIM hingga jun 2011




Tarikh: 1 Jun 2011




Alhamdulillah , Siap lantai tingkat 1 & 2




Sesiapa yang berminat untuk menambah sumbangan / infaq kepada projek bangunan 4 tingkat Sekolah Rendah Islam Seri Melati ini amat dialukan. sumbangan yang telah dikutip sekitar RM500,000 sahaja manakala keperluan sebenar adalah RM2.2 juta. Jadi masih kekurangan RM 1.7 juta lagi. Sumbangan/infaq bolehlah disalurkan dengan menghubungi ketua sekretariat Pembangunan SRIM sdr. Zaini Shamsuddin atau Guru Besar SRIM. No.tel untuk dihubungi dinyatakan di sisipan sebelah kanan ini.

Friday, April 1, 2011

KERJA DITAPAK UNTUK BULAN MAC & APRIL 2011





BULAN APRIL 2011

KEKOTAK UNTUK KERANGKA TAPAK TIANG.





CERUCUK YANG TELAH KOREK DAN DIPOTONG KE TAHAP ARAS YANG DIKEHENDAKKI.








KERANGKA BESI UNTUK TAPAK TIANG BANGUNAN.










































Kemajuan kerja semasa:






1. Penerimaan besi untuk membina tapak bangunan.

2. Kerja memotong cerucuk

3. Penyediaan ruang tapak tiang.