IKLAN KORAHMAH & IKIMFM

Tuesday, October 29, 2013

DERMA INFAQ UNTUK ASRAMA TAHFIZ


Assalamualaikum..Sebuah Asrama Tahfiz 2 tingkat berdinding separa konkrit dengan keluasan lantai lk 2400 kp amat perlu diperbaiki terutama lantai dan dinding kayu tingkat atas. Kejadian kebakaran asrama berdinding kayu di Kedah menyebabkan kematian pelajar tahfiz baru baru ini menginsafkan kita betapa perlunya asrama spt ini dibaik pulih kepada lantai dan dinding konkrit. Anggaran kos diperlukan lk RM90k dan dicadang diubahsuai ketika musim cuti sekolah akan datang namun ianya bergantung jumlah sumbangan yang diterima. Kepada rakan fb yg ingin menderma menambah saham akhirat bagi menaiktaraf asrama tahfiz di MATRI ini bolehlah salurkan infaq anda kepada tabung Amal Jariah Umum Matri atas nama AJRUN diakaun BIMB: 9010010051460. Tel pejabat; 04-9381155 utz Zainuddin 


 
Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: ” Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku – ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh “.Surat Al-Munafiqun: Ayat 10

No comments:

Post a Comment