IKLAN KORAHMAH & IKIMFM

Monday, December 27, 2010

KERJA CERUCUK DITERUSKAN

Mengikut keadaan ditapak kerja menanam cerucuk telah siap 30%~40%. Ada yang ditanam hanya sekitar 12ka tetapi ada juga cerucuk yang disambung 2x menjadikan kedalamanya sehingga hampir 30' untuk mencapai tahap disebut "set"(tahap hentakan maksima kepada cerucuk). Keadaan batu keras di bawah tanah agak tidak sekata mungkin disebabkan lokasi di kawasan kaki bukit.

Friday, December 10, 2010

KERJA UJIAN CERUCUK SEDANG DIJALANKAN

UJIAN BEBANAN SEDANG DIJALANKAN.





MESIN 'PILING' YANG DIGUNAKAN




Sebuah Mesin cerucuk sedang menjalankan kerja.



Kerja-kerja cerucuk perlu dibuat untuk memastikan struktur tapak bangunan 4 tingkat tersebut dibina mengikut spesifikasi kejuruteraan semasa. L/k 200 batang cerucuk diperlukan.

Sunday, December 5, 2010

PROJEK BANGUNAN 4 TINGKAT SRIM DIMULAKAN...




Alhamdulillah...kerja membina bangunan 4 tingkat untuk Sekolah Rendah Islam Seri Melati telah dimulakan pada 3/12/2010. Sepasukan kerja ukur (UKUR DIMENSI)telah menandakan pancang untuk kerja-kerja menanam cerucuk" yang akan dimulakan pada 6/12/2010.

Saturday, July 10, 2010

PROJEK : MENGUMPUL DANA UNTUK PEMBINAAN BANGUNAN BAHARU SEKOLAH RENDAH ISLAM SERI MELATI (SRIM) , PERKAMPUNGAN TUNJUNG, BESERI, PERLIS.

PENGENALAN
SRIM singkatan SEKOLAH RENDAH (ISLAM) SERI MELATI merupakan sebuah institusi pendidikan Islam Persendirian (Swasta) peringkat sekolah rendah berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri Perlis ( No.Pendaftaran: JAIPs PEND 09 (48) sejak tahun 1999. di Perkampungan Tunjung, 02400 Beseri, Perlis, terletak kira-kira 12 km dari Bandar Kangar.




SRIM menyediakan sistem pendidikan Islam melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Penekanan Pendidikan Islam amat diberi keutamaan.
FALSAFAH PENDIDIKAN
Suatu proses pendidikan berterusan dan dinamik bagi melahirkan generasi berilmu, beriman, beramal dan bersahsiah mulia berlandaskan ajaran Al-Quran Al-Karim dan As-Sunnah An-Nabawiyah As-Syarifah.
Generasi Wa'ei, Mithali, proaktif serta bertanggungjawab di hadapan Allah S.W.T dalam setiap gerakkerja bagi merialisasikan 'Ubudiyah kepada Allah S.W.T serta berusaha membasmi gejala Ilhad, Khurafat, Bidaah ajaran sesat demi memelihara kesucian Islam dan kerharmonian masyarakat dan ummat.

MISI & VISI
membawa syiar "Ulama' Pewaris Nabi" dengan bermatlamatkan:
1. Memberi pendidikan Islam secara meluas dan teratur kepada pelajar-pelajarnya.
2. Memeberi pengetahuan Bahasa Arab hingga ke peringkat membolehkan pelajar-pelajar memahami kandungan kitab suci al-Qur'an dan as-Sunnah an-Nabawiyah dan kitab-kitab Ilmu yang berbahasa Arab.
3. Mendidik pelajar-pelajar dengan didikan Islam yang sempurna dan menyeluruh melalui proses-proses yang disediakan.
4. Melahirkan Muslim dan Muslimah yang multazim (komited) dengan ajaran dan akhlak Islam dalam kehidupan seharian mereka.
5. Melaksanakan dan meneruskan kerja-kerja Islam yang diamanahkan oleh Allah. S.W.T.












SRIM diurus dan ditadbir hasil yuran daripada Ibubapa, sumbangan orang ramai, Kerajaan negeri dan syarikat swasta. Misi & Visi SRIM merupakan asas kepada keyakinan masyarakat setempat menghantar anak-anak mereka untuk diasuh dan dididik bagi melahirkan pelajar yang cemerlang di dunia & diakhirat. Ibubapa amat yakin dengan sistem pendidikan dan kaedah pembelajaran dengan guru-guru yang ikhlas walaupun dalam keadaan serba kekurangan disegi kewangan dan infrastruktur. Ketika ini SRIM masih menumpang bangunan di kawasan Maahad Attarbiah AlIslamiyah (MATRI). Bermula dengan sebuah bilik darjah kini telah bertambah kepada 10 buah kelas. Pertambahan pelajar setiap tahun menuntut Lembaga Tadbir SRIM untuk melaksanakan pembinaan sebuah bangunan 4 tingkat yang dilengkapi 16 bilik darjah dan pejabat pentadbiran untuk memberi keselesaan kepada pelajar dan guru.







































MESYUARAT AHLI LEMBAGA TADBIR SRIM


En.Gazali Abdullah


En.Desa Senawi


En.Ishak Osman (Guru Besar)


En.Rosli Che Ok(Bendahari)


En.Idris Manaf


Utz.Abdul Hadi Osman


En.Mohd Adi Ismail


En.Abdul Kadir Mohd Noor


En.Ahmad Zaini Samsuddin (Ketua Sekreteriat dana & projek)




____________




Peta lokasi SRIM ( l/k 12km arah utara dari Bandar Kangar)



Hasil usaha gigih Lembaga Tabdbir dan PIBG sebidang tanah LOT 2156 seluas 1.166hektar(3ekar) telah berjaya dibeli hasil derma orang ramai. Ianya terletak bersebelahan Kompleks MATRI dan dicadangkan pembinaan bangunan baru SRIM.




















Sebuah kantin telah siap dibina dan projek seterusnya adalah membina sebuah bangunan 4 tingkat mengandungi 16 bilik darjah dan pejabat pentadbiran di atas lot 2156. Di atas tanah ini akan dilengkapi padang permainan dan lain-lain keperluan sebagai sekolah rendah.












PELAN SUSUNATUR CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN SEKOLAH RENDAH (ISLAM) SERI MELATI. Projek ini akan bermula pada bulan Ogos 2010.

















Anggaran Kos Pembinaan RM 2.2 juta.






Kutipan / infaq telah berjaya dikumpul RM 500,00.00






(Sumbangan orang ramai,Kerajaan Negeri dan Sykt.Swasta)






Jazakallah....semuga Allah memberkati ...dan peluang masih terbuka kepada sesiapa untuk berinfaq.....rebutlah peluang ini sebelum wisel penamat ditiup kepada anda.....














“Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (di jalan Allah) sebahagian daripada hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya. Pada hal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memicingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji. Syaitan menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir). Sedangkan Allah menjanjikan untukmu keampunan dan kurniaanNya. Allah maha luas kurniaan lagi maha mengetahui. Allah memberikan hikmah kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan barang siapa yang diberikan hikmah, sungguh telah diberikan kebajikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berakal. Apa saja yang kamu nafkahkan atau apa saja yang kamu nazarkan, sesungguhnya Allah mengetahuinya. Orang-orang yang berbuat zalim, tidak ada seorang penolong pun baginya. Jika kamu menampakkan sedekahmu, itu adalah baik. Dan jika kamu menyembunyikannya dan memberikannya kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan adalah lebih baik bagi kamu. Dan Allah akan menghapuskan kamu sebahagian kesalahanmu dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan”.
(QS Al-Baqarah:267-271)
























Ruj. Kami :
Tarikh:10 jul2010






Kepada:
……………………………….
……………………………….
……………………………….


Yang Berbahagia Dato,Tuan,Puan..







Assalamualaikum.



Memohon Derma/Infaq Untuk Pembinaan Bangunan Pentadbiran & Akademik untuk Sekolah Rendah Islam Seri Melati(SRIM).Perkara di atas dirujuk,
1. Untuk makluman tuan, Sekolah Rendah Islam Seri Melati adalah sekolah swasta (hasil sumbangan/wakaf dermawan) berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs Pend 09(48). Ianya ditubuhkan atas inisiatif ibubapa untuk melihat anak-anak mereka terdidik dengan asuhan Islam tanpa meninggalkan pelajaran akademik seperti juga sekolah biasa. SRIM telah mendidik dan mengasuh pelajar dengan didikan terpuji dengan menitik berat soal keterampilan sebagai akhlak muslim.
2. Jumlah pelajar semakin meningkat setiap tahun menuntut pihak lembaga tadbir SRIM perlu menyediakan sebuah bangunan 4 tingkat bagi kegunaan pentadbiran , bilik guru dan 16 bilik darjah demi keselesaan pelajar dan guru.. Kos dianggarkan melebihi RM2juta. Ketika ini kutipan yang telah berjaya dikumpul l/k RM500k sahaja dan masih banyak diperlukan untuk memenuhi hasrat sebenar. Sehubungan itu Lembaga SRIM sedang berusaha mencari dana sumbangan individu ataupun koperat.
3. Oleh itu marilah kita sama-sama menyumbang bagi tujuan sebagai saham akhirat samada berbentuk material atau wang tunai bagi sama-sama menjayakan hasrat murni ini. Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun rasmi atas nama " DANA PEMBANGUNAN SRIM no.akaun BANK MUAMALAT: 09010001817713 dan maklumat lanjut sila hubungi sekretariat Dana Pembangunan SRIM En.Zaini Samsuddin tel 019-4803708.






4. Segala kerjasama pihak Yang Berbahagia Dato, Tuan, Puan didahului dengan ucapan ribuan terimakasih.

Berkhidmat & Membantu Untuk Generasi Al Quran



………………………………..
ISHAK BIN OSMAN


Guru Besar


Sek.Rendah Seri Melati


Perkampungan Tunjung,


02400,Beseri Perlis.


tel:04-9381289