IKLAN KORAHMAH & IKIMFM

Thursday, March 22, 2012

Projek Bangunan baharu Sekolah Rendah Islam Seri Melati


Alhamdulillah, bangunan baharu 4 tingkat telah berjaya disiapkan dengan kos RM 1.1 juta. ..Kini pelajar dan guru telah memulakan sesi persekolahan 2012 di persekitaran yang lebih selesa. Kos pembinaan bangunan ini hasil derma dan sumbangan oleh guru-guru, ibubapa pelajar, para dermawan dan Jabatan agama Islam Perlis. Bagaimanapun kita hanya mampu mengumpul RM 800K sahaja bermakna sekolah masih berhutang dengan pihak kontraktor sebanyak RM300k. Sehubungan itu pihak sekolah amat mengalualukan para dermawan meneruskan sumbangan kepada projek sekolah ini bagi menyelesaikan baki yang masih tertangguh. Pengorbanan para dermawan amat dihargai semuga Allah sahaja yang membalasnya. Para dermawan ini ada diantaranya bukanlah golongan yang kaya tetapi mereka lebih mengutamakan kehidupan di akhirat berbanding nikmat kehidupan di dunia yang sementara sahaja. Marilah kita tingkatkan saham untuk kehidupan yang kekal abadi di akhirat dengan menyumbangkan kepada tabung
"DANA PEMBANGUNAN SRIM" no.akaun BANK MUAMALAT:09010001817713
hubungi sekretariat En.Zaini Samsuddin tel 019-4803708.
atau terus kepada Guru Besar SRIM En.Ishak Osman 04-9381289 (h/p:012-5672603).